21 Okt 2013

KM1M dan READ 2013

0
Assalamualaikum....

Disertakan maklumat berkaitan dan untuk makluman, pada 28.10.2013 diminta PKG memaklumkan pihak sekolah aktiviti membaca harus dibuat serentak selama 30 minit. Sekiranya bertembung dengan peperiksaan ,boleh dibuat awal bacaan 30 minit ini. Contoh jam 7.30 ke 8.00 atau 8.00 ke 8.30.Sebaik-baiknya jam 9 pagi. Aktiviti pada 29 dan 30 terpulang kepada kreativiti  pihak sekolah untuk menyusunnya. . Maklumat diperoleh dari Tuan Haji Mohd Nor UPSP BTPKPM petang semalam.

Laporan mesti dibuat oleh sekolah ahli dan dibinding(seperti tahun sebelumnya) hantar ke PKG. PKG akan menghantar laporan ke UPSP BTPNT. Laporan mesti dihantar dalam jangka masa sebelum cuti sekolah. Untuk makluman juga sekolah yang terbabit dengan program  Read 2013 mestilah menghantar gambar dan laporan seperti biasa kepada pihak berkaitan untuk mendapat sumbangan buku. Diminta juga pihak PKG mendapat maklumat sekolah ahli yang telah mendaftar online dengan Program Read tersebut bagi mendapat sumbangan buku. Sekian, Sebarang pertanyaan boleh hubungi Cik  Radziah atau Pn Roshaliza di UPSP BTPNT.
Author Image

About Unknown
Soratemplates is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design