Dasar Pengurusan PSS

0
PENGENALAN
           Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) bertanggungjawab sepenuhnya dalam pembangunan Pusat Sumber Sekolah.  Pusat Sumber Sekolah merupakan pusat mengakses maklumat mengandungi pelbagai sumber bahan cetak, bukan cetak, dan digital yang diurus secara sistematik bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.
       Pengurusan Pusat Sumber Sekolah merangkumi  elemen perolehan dan pemerosesan bahan, perkhidmatan, pengesanan dan pendokumentasian sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini.

PERNYATAAN DASAR
         Dasar Pengurusan Pusat Sumber Sekolah diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi yang menepati piawaian dan terkini, diurus dengan cekap dan berkesan, dan digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

STRATEGI PELAKSANAAN
  1. Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur yang  sesuai dan memenuhi fungsi dan peranannya.
  2. Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan yang menepati piawai dan terkini.
  3. Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan dengan cekap dan berkesan sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini.
  4. Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan Media yang menepati syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan dalam pekeliling semasa.
  5. Memastikan  Pusat Sumber Sekolah sentiasa meningkatkan usaha untuk melaksanakan aktiviti penggalakan membaca dan literasi maklumat dalam meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.