Fungsi

0

FUNGSI SEKTOR PENGURUSAN SUMBER PENDIDIKAN

  1. Merancang, menyelaras, menilai dan menambahbaik pembangunan Pusat Sumber Sekolah dari segi fizikal, koleksi bahan, sistem pengurusan dan sumber manusia sesuai dengan perkembangan teknologi masa kini.
  1. Merancang, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan program literasi maklumat dan galakan membaca di sekolah.
  1. Merancang, menyelaras, menilai dan menambahbaik pembangunan Pusat Sumber BTP dan cawangan dari segi fizikal, koleksi bahan, sistem pengurusan dan sumber manusia sesuai dengan perkembangan teknologi masa kini.
  1. Mengurus dan menyelaras hal-hal berkaitan perhubungan awam dan maklumbalas pelanggan.


A.  FUNGSI UNIT PENGURUSAN PUSAT SUMBER

  1. Merancang, menyelaras, menilai dan menambahbaik pembangunan Pusat Sumber Sekolah dari segi fizikal, koleksi bahan, sistem pengurusan dan sumber manusia.
  2. Merancang, mengurus dan menyelaras Program Pusat Sumber Sekolah:
    • Penarafan PSS secara online (iQ-PSS)
    • Khidmat Bantu PSS
    • Anugerah PSS Peringkat Kebangsaan

    1. Mengurus, menyelaras dan menilai Pengurusan Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah di bawah pengurusan MS ISO 9001:2008 (PKP-03).
    2. Merancang, menyelaras, menilai dan menambahbaik pembangunan Pusat Sumber BTP & Cawangan dari segi fizikal, sistem pengurusan, koleksi bahan dan sumber manusia.
    3. Merancang, mengurus  dan menyelaras perkhidmatan,  program / aktiviti promosi dan galakguna Pusat Sumber BTP & Cawangan.
    4. Mengurus setia Mesyuarat Penyelarasan Program dan Aktiviti Pusat Sumber BTP-BTPN-PTPB-PKG dan PSS.

    B. FUNGSI UNIT PENGURUSAN LITERASI MAKLUMAT

    1. Merancang, menyelaras, menilai dan menambahbaik pengurusan program literasi maklumat dan program galakan membaca (NILAM).
    2. Merancang, menyelaras, menilai dan menambahbaik pengurusan Pusat Akses Sekolah dari segi pengisian dan penggunaan.
    3. Merancang, mengurus dan menyelaras pengurusan Pemilihan Tokoh NILAM Kebangsaan di bawah pengurusan MS ISO 9001:2008 (PKP-04).
    4. Merancang, mengurus, menyelaras dan mengurus setia:
      • Mesyuarat JK Induk Gerakan Tabiat Membaca
      • Mesyuarat Penyelarasan Perkongsian Pintar
      • Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan
      • Majlis Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan
      • Program Kem Membaca 1Malaysia
      • Program Khemah Membaca / Kem Penulis Muda Kebangsaan

    5. Mengurus dan mneyelaras hal-hal berkaitan perhubungan awam dan maklum balas pelanggan.
    6. Merancang, mengurus dan menyelaras Aduan dan Maklumbalas Pelanggan di bawah pengurusan MS ISO 9001:2008 (PKPS-08).