25 May 2014

Simulasi Penilaian Anugerah PSS Kebangsaan 2014

Simulasi adalah suatu teknik yang sangat berkesan. Simulasi membolehkan seseorang mencapai objektif dari segi isi kandungan, konsep dan sikap. Simulasi juga adalah satu situasi keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar. Tujuannya adalah untuk menjalankan latihan demi menyelesaikan masalah. 

Oleh itu Simulasi Penilaian APSSK 2014 telah dijalankan di SMA Mahmudiah dan SK Felda Jerangau Barat untuk melihat sejauh mana persediaan ke dua-dua buah sekolah ini sebelum penilaian sebenar APSSK pada 16 dan 17 Jun nanti.

Hakim Simulasi : Tn Hj Amir (UPSP BTPNT) dan En Amir bin Hamzah ( PTP PKG Bukit Payung) sedang mendengar taklimat di Makmal Komputer SKFJB.
                                                                  AJK PSS SKFJB

                                          Guru Besar SKFJB sedang memberi ucapan alu-aluan.

Simulasi telah dijalankan di SMA Mahmudiah pada 25 Mei 2014. Hakim Penilaian Simulasi adalah Tn Hj Wan Zuhaidi bin Wan Hassan (Ketua Unit PIM BTPNT) dan En Amir bin Hamzah (PTP PKG Bukit Payung).

Manakala simulasi penilaian di SK Felda Jerangau Barat telah dijalankan pada 11 Jun 2014. Hakim penilaian adalah Tn Hj Amir @Akram bin Abdul Majid ( Ketua Unit PSP BTPNT) dan En AMir Hamzah (PTP PKG Bukit Payung).



Kongsi Berita

Twitter Facebook +Google More