Inisiatif Sumber Pendidikan

0

Inisiatif menggunakan sumber pendidikan sebagai bahan bantu mengajar bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P) bermula dengan perkhidmatan sebaran pendidikan pada tahun 1966. Inisiatif ini bertambah giat dengan penubuhan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) pada tahun 1988.

Antara program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:
  • 1966 - Radio Pendidikan
  • 1972 - TV Pendidikan
  • 1977 - Bahan Pelbagai Media
  • 1995 - Pusat Sumber Elektronik
  • 1996 - Projek Rintis Rangkaian Munsyi
  • 1998 - Program NILAM
  • 1999 - Projek Rintis Sekolah Bestari
  • 2000 - Tahun Pusat Sumber Sekolah
  • 2006 - Pembestarian Sekolah, Pusat Akses
  • 2007 - Penarafan Sekolah Bestari
  • 2008 - EduwebTV
  • 2009 - Penarafan Pusat Sumber Sekolah (iQ-PSS)
  • 2009 - Pengurusan Pusat Sumber Secara Online (ps-Sentral)
  • 2009 - Portal Pengurusan Sumber Pendidikan (Ubiquitous Integrated Digital Library)
  • 2009 - Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)
  • 2010 - Pengurusan NILAM Secara Online (i-NILAM)