16 - 17 Januari 2013 - SMK Agama Nurul Ittifaq, Besut telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Pengawas PSS bagi Tahun 2013 yang melibatkan seramai 59 peserta. Fasilitator kursus tersebut terdiri daripada Pegawai Teknologi Pendidikan UPSP, BTPN dan juga Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Daerah Besut. Di antara pengisian kursus tersebut iaitu Pengurusan PSS, Tanggungjawab Pengawas PSS, Pengurusan Nilam, Proses Teknik dan sebagainya. Kursus ini diharapkan dapat memberi pengalaman kepada pengawas PSS dalam menguruskan Pusat Sumber Sekolah mereka.