1 Jan 2012

Program Khidmat Bantu PSS BTPN Terengganu

0

PROGRAM KHIDMAT BANTU PEMANGKIN KECEMERLANGAN PSS
Pengenalan
Lawatan ke sekolah selalunya dijalankan oelh pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia termasuk dari Jemaah Nazir Sekolah. Lawatan tersebut lebih memberi perhatian kepada pengurusan sekolah secara am termasuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pemantauan terhadap PSS merupakan sebahagian bidang pengurusan sekolah yang perlu diberikan perhatian khusus dari semasa ke semasa, khasnya oleh BTP dan rangkaiannya Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri serta Pusat Kegiatan Guru. Sehubungan dengan ini, Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan, BTP perlu mengadakan satu projek khidmat bantu PSS.
Rasional
PSS mempunyai hubungan langsung dengan pelaksanaan program kurikulum dan kokurikulum di peringkat sekolah. Untuk memastikan PSS dapat digunakan dengan berkesan, bahan cetak dan bahan bukan cetak seharusnya dikatalog dan dikelaskan dengan baik mengikut Peraturan Pengkatalogan Anglo Amerika (AACR) dan sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey (DDC). PSS perlu diuruskan dengan baik agar penggunaan media cetak dan bukan cetak tersebut akan dapat dimanfaat oleh semua guru dan semua murid di sekolah.
Program ini diharap akan dapat memartabatkan PSS sebagai nadi utama pengajaran dan pembelajaran ke arah kecemerlangan pendidikan.
Sehubungan dengan ini Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah merupakan satu skop yang dinilai dalam Sistem Pengurusan Kualiti Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu bermula tahun 2006.
Objektif
Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, BTPN Terengganu mengadakan khidmat bantu ini dengan harapan agar objektif-objektif berikut tercapai :
a)           meningkatkan pengurusan PSS secara keseluruhan khususnya dalam bidang pengurusan bahan, fizikal (susun atur dan keceriaan) serta sistem pentadbiran.
b)           Meningkatkan penggunaan PSS di kalangan guru dan murid sejajar dengan keperluan pendidikan dan aplikasi ICT.
c)            Meningkatkan kadar pembacaan di kalangan murid sekolah selaras dengan pelaksanaan dan hala tuju program NILAM.


Untuk itu beberapa kriteria diberi keutamaan oleh Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu dalam memilih sekolah yang akan diberi khidmat bantu.
Kriteria Pemilihan Sekolah
Sekolah-sekolah yang akan diberi khidmat bantu dipilih berdasarkan kriteria berikut :
a)    Tidak mencapai 60 peratus markah daripada markah penilaian Anugerah PSS Cemerlang Kebangsaan.
b)    Pengurusan dan penggunaan PSS yang tidak mencapai taraf yang dikehendaki.
c)    Guru PSS yang masih memerlukan bimbingan
d)    PSS yang berada di dalam keadaan yang memerlukan peningkatan.
e)    PSS yang dipilih perlu berhampiran dengan sekolah lain supaya boleh dilawati dan dicontohi.
f)     Pemilihan sekolah juga bergantung kepada keperluan dan permintaan negeri.

Sejarah Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah Negeri Terengganu
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu membuat giliran mengikut daerah bagi program khidmat bantu bermula tahun 2006. Sehingga kini sekolah yang telah diberi khidmat bantu berjumlah 65 buah sekolah yang terdiri daripada sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah menengah agama.
Antara sekolah-sekolah yang telah diberi khidmat bantu adalah seperti berikut :
Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah 2006
Bil
Nama Sekolah
Daerah
1
SK Marang
Marang
2
SK Jambu Bongkok
Marang

Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah 2007
Bil
Nama Sekolah
Daerah
1
SMK Bukit Guntong
Kuala Terengganu
2
SMK Sultan Ahmad
Kuala Terengganu
3
SK Pechah Rotan
Kuala Terengganu
4
SK Darau Batu Rakit
Kuala Terengganu
5
SK Kepong
Kuala Terengganu
6
SK Serada
Kuala Terengganu
7
SK Bukit Petiti
Kuala Terengganu
8
SK Kebor Ayer
Kuala Terengganu
9
SK Kampung Bukit
Kuala Terengganu
10
SK Gong Badak
Kuala Terengganu
Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah 2008
Bil
Nama Sekolah
Daerah
1
SMK Putera Jaya
Setiu
2
SMK Sungai Tong
Setiu
3
SK Bintang
Setiu
4
SK Permaisuri
Setiu
5
SK Penarek
Setiu
6
SK Telaga Papan
Setiu
7
SK Seri Langkap
Setiu
8
SK LKTP Chalok Barat
Setiu
9
SK Chalok
Setiu
10
SK Batu 29
Setiu

Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah 2009
Bil
Nama Sekolah
Daerah
1
SMK Bukit Besi
Dungun
2
SMK Sura
Dungun
3
SK Rasau Kerteh Bandar 1
Dungun
4
SK Bukit Besi
Dungun
5
SK Tok Kah
Dungun
6
SK Durian Mas 1
Dungun
7
SK Durian Mas 2
Dungun
8
SK Padang Pulut
Dungun
9
SK Felda Kerteh 1
Dungun

Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah 2010
Bil
Nama Sekolah
Daerah
1
SMK Tengku Mahmud 2
Besut
2
SM Imtiaz
Besut
3
SMA Ittifakiah
Besut
4
SMK Bukit Payong
Besut
5
SK Tengku Mahmud
Besut
6
SK Tengku Mahmud 2
Besut
7
SK Lubuk Kawah
Besut
8
SK Seberang Jerteh
Besut
9
SK Darau
Besut
10
SK Seri Payong
Besut





Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah 2011
Bil
Nama Sekolah
Daerah
1
SK Tengkawang
Hulu Terengganu
2
SK Matang
Hulu Terengganu
3
SK Getang
Hulu Terengganu
4
SMA Mahmudiah
Hulu Terengganu
5
SK Telaga
Hulu Terengganu
6
SK Kuala Berang
Hulu Terengganu
7
SK Ajil
Hulu Terengganu
8
SMK Jenagor
Hulu Terengganu
9
SMK Menerong
Hulu Terengganu
10
SMK Bukit Diman
Hulu Terengganu
11
SK Felda Tersat
Hulu Terengganu
12
SK Kua
Hulu Terengganu

Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah Daerah Kemaman 2012

SEKOLAH
2011
2012
PENARAFAN
PERATUS
PENARAFAN
PERATUS
SK AYER JERNIH
**
57.36
****
81.07
SK KEMASIK
***
64.98
*****
87.40
SK SERI BANDI
**
56.06
****
78.02
SMK SERI BANDI
**
53.15
****
74.89
SK CHUKAI
*
42.41
****
74.63
SJK(C) KUALA KEMAMAN
**
48.36
****
72.32
SK SERI GELIGA
**
48.53
*****
85.85
SMK GELIGA
**
46.77
***
68.51
SK RKT SEBERANG TAYOR
**
49.78
****
71.04
SK AYER PUTEH
***
67.02
*****
88.55
SMK CENEH BARU
***
65.89
*****
86.57
SMK SERI CENEH
*
36.79
***
60.33

Berdasarkan maklumat di atas, program khidmat bantu mampu meningkatkan kecemerlangan pusat sumber sekolah. Ianya dapat dibuktikan dengan dapatan data seperti contoh SK Ayer Jernih yang memperolehi penarafan 2 bintang (57.36%) tahun 2011 meningkat kepada 4 bintang (81.07%) tahun 2012. Begitu juga dengan SMK Seri Ceneh yang baru dibuka, khidmat bantu ini mampu meningkatkan Pusat Sumber Sekolah berkenaan daripada 1 bintang (36.79%) kepada 3 bintang (60.33%).
Program khidmat bantu ini bukan sahaja mampu meningkatkan kecemerlangan PSS namun ianya memberi peluang kepada sekolah berkenaan menyertai pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah peringkat negeri seterusnya ke peringkat kebangsaan.

Adalah menjadi harapan bagi sekolah yang pernah diberi khidmat bantu supaya dapat mengekalkan kecemerlangan pusat sumber masing-masing serta menjadi contoh dan mampu bersaing seiring dengan kehendak hala tuju pusat sumber sekolah abad ke 21.


















Sebagai rumusannya hasil daripada program khidmat bantu ini ianya mampu mempertingkatkan sistem pengurusan, fizikal dan penggunaan pusat sumber  sekolah dari semasa ke semasa untuk terus menyokong meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pusat Sumber Sekolah perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Author Image

About Unknown
Soratemplates is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design