SMK Tengku Mahmud, Besut telah terpilih mewakili negeri
Terengganu ke Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan bagi
kategori Sekolah Menengah yang dijangka akan berlangsung pada bulan Jun
bertempat di BTPN Negeri Sembilan. Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, BTPN
Terengganu, PKG Daerah berserta Guru Perpustakaan Media sekolah-sekolah daerah
Besut telah mengadakan Program Khidmat Bantu yang bermula pada 2 hingga 4 April
2013. Antara khidmat bantu yang diberikan adalah seperti Fizikal PSS, Pengurusan
Fail, Program NILAM, Pengurusan PSS dan lain-lain berpandukan instrumen
penilaian. Khidmat bantu ini merupakan persediaan awal pihak sekolah dalam
menghadapi hari penghakiman yang dijangka bermula pada 15 April 2013.