8 Jul 2011

Khidmat Bantu PSS Peringkat Negeri Terengganu 2011

0

Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan (UPSP) dengan kerjasama PKG Terengganu telah mengadakan Program Khidmat Bantu di 12 buah sekolah yang terpilih di Daerah Hulu Terengganu. Khidmat bantu yang berlangsung bermula 3 Julai 2011 dan diakhiri dengan majlis penutupnya pada 6 Julai 2011. Turut serta dalam program ini adalah PTP II daripada setiap PKG Terengganu dan beberapa Guru Perpustakaan Media sekolah-sekolah yang berdekatan. Program ini bertujuan membantu PSS Daerah Hulu Terengganu untuk meningkatkan lagi penggunaan PSS, pengurusan rekod, keceriaan dan susun atur peralatan serta Program NILAM. Secara amnya program khidmat bantu PSS di sekolah ini merupakan pemangkin kepada peningkatan pencapaian akademik murid-murid di sekolah-sekolah berkenaan. Majlis penutup telah berlangsung di SMA Mahmudiah, Hulu Terengganu yang telah disempurnakan oleh Pegawai VOTEK Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, Encik Hasmashuhaimi.
Author Image

About super admin
Soratemplates is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design