Mesyuarat Jawatankuasa Galakan Tabiat Membaca dan Mesyuarat Jawatankuasa Pembestarian Sekolah telah diadakan pada 12 Julai 2011 (Selasa) di SM Sains Dungun. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Sektor SJKQ JPN Terengganu, YM Tengku Mohd Yusof telah juga dihadiri oleh Ketua-Ketua Sektor JPNT, Ketua Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri, Pengarah IPG Kampus Dato' Razali Ismail dan Kampus Sultan Mizan, Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu, Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah dan juga Ketua-Ketua Unit BTPN Terengganu. Pelaporan tentang aktivti NILAM, Pusat Sumber Sekolah Negeri Terengganu dan hal-hal berkaitan pembestarian juga telah dibentangkan oleh BTPN Terengganu pada mesyuarat ini

