Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) Tahun 2011 Peringkat Negeri Terengganu telah berjaya dilancarkan pada 10 November 2011 bertempat di SK Merchang, Marang sebagai tuan rumah bagi tahun ini. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Jadid bin Jusoh yang mewakili Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu dan disaksikan oleh Tuan Guru Besar SK Merchang, Encik Mat Azan bin Yatim, Ketua Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan (UPSP) BTPN Terengganu, Encik Nize bin Muhammad dan Encik Hassan bin Embong mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Marang. Turut hadir dalam majlis ini adalah Pegawai Teknologi Pendidikan UPSP BTPN Terengganu dan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Terengganu. Antara pengisian kem ini adalah Pertandingan Jejak Maklumat bagi murid-murid Tahap 2 SK Merchang dan Pertandingan Mewarna bagi murid-murid Tahap 1. Diharapkan dengan penganjuran aktiviti tahunan ini dapat memupuk minat membaca secara berterusan dalam kalangan murid khasnya semasa waktu cuti persekolahan dan juga sepanjang hayat selaras dengan slogan pendidikan Terengganu - “Negeri Terengganu Negeri Anjung Ilmu.”

