Seramai 42 orang Guru Penyelaras Bestari dan 22 Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Terengganu telah menyertai Bengkel Pengoptimum Pnggunaan Dan Pengintegrasian Sumber Pendidikan Berasaskan TMK Dalam Pembelajaran & Pengajaran Ke Arah Pembestarian Sekolah Untuk Jurulatih Utama. Ia telah diadakan di BTPN Terengganu pada 13 - 15 November 2011. Antara tujuan bengkel ini adalah untuk meningkatkan kompetensi penggunaan dan pengintegrasian sumber pendidikan berasaskan TMK secara meluas dalam pendidikan di sekolah-sekolah Negeri Terengganu Bengkel ini telah dikendalikan oleh Fasilitator daripada BTPN Terengganu terdiri daripada En. Azman Othman @ Abdullah, YM Tengku Abdussalam bin Tengku Awang, En. Nize bin Muhammad dan En. Mohd Yusof bin Mis. Tajuk-tajuk yang telah disampaikan adalah seperti Peranan GPB/GPICT dan GPM, Kemahiran Abad ke-21 Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Kemahiran Pengintegrasian Sumber Pendidikan Berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran dan juga Smart School Qualification Standards (SSQS). Para peserta juga telah membentangkan hasil kerja kumpulan yang telah dibengkelkan.

